Monday, April 16, 2012

JOM BERI SUMBANGAN UNTUK RUMAH PSIAKU

tersentuh hati saya bila terbaca status di facebook pages Dr Azizan  tentang kanak-kanak di rumah PSIAKU  (singkatan bagi Pusat Sokongan Ibu & Anak Kurang Upaya) yang terletak di TAMAN BATU MUDA, KL
dimana tempat jagaan kanak kanak kurang upaya dan juga yang mempunyai pelbagai penyakit kritikal.

 di sini ade beberapa keping gambar yang saya ambil dari FB DR Azizan  untuk renungan bersama, bertapa kita patut bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t beri kepada kita semua tak kira nikmat kesihatan, kerjaya, ade kereta walaupon biasa- biasa, ade rumah untuk berteduh, ade anak2 yang comey. ibu bapa yang masih sihat dan sebagainya. kadang-kadang kita rasa yang kita bernasib malang.. selalu mengeluh dengan apa yang ada sekarang ni, tapi cuba kita toleh ke sekeliling, masih ada yang lebih tidak bernasib baik dari kita. bukannya kita gunakan alasan ni untuk kite menyerah pada takdir pula,  tetapi kita wajib bersyukur di samping berusaha lagi untuk memperbaiki kehidupan ini. ( nasihat untuk diri sendiri jua ni..)

Siti NurAzlin Natasya,..alami pendarahan otak selepas 3 hari dilahirkan.. 
(Tarikh lahir, 21 Mac 2005)

 adik Nurul izzati, 18 tahun, mengidap cerebral palsy sejak lahir


 Adik Ainol, 5 tahun...dibedah kepala dari kiri ke kanan..hingga kini, dahinya masih `lembik'

 sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan dari segi kewangan ke.. kudrat ke..pakaian, buku-buku, dan sebagainya boleh hubungi Puan Sharina@016-2276024/ Puan Iera@012-2671342



Sebarang Sumbangan boleh dihulurkan dengan maklumat seperti berikut :
Nama Akaun : PSIAKU AZWAR
Bank : Maybank (MBB)
No Akaun : 5644 7240 1056
alamat :  No 14 Jln Batu Muda 10, Taman Batu Muda,68100 KL
 facebook : PSIAKUAZWAR

kelebihan bersedekah 
1.hadis daripada abu hurairah r.a katanya,aku dengar rasulullah saw bersabda : jangan kamu tolak orang yang meminta minta walaupun dia kafir,kata seorang sahabat:ya rasulullah saw bahawa kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?jawab nabi:bahawa mereka adalah makhluk allah juga,sebenarnya sedekah itu jatuh pada tangan kudrat tuhan yang maha pemurah.

2.malaikat berseru "hai tuhanku,segerakanlah yakni gantikanlah harta orang yang bersedekah dan segerakanlah yakni bala bagi orang yang enggan yakni kedekut akan bersedekah hartanya

3.sedekah bersembunyi itu memadamkan kemarahan allah dan bersedekah berterang terangan itu penghadang api neraka

4.sedekah itu menutup 70 pintu kejahatan

5.takutlah neraka walaupun dengan bersedekah sebelah kurma atau kiranya tidak mampu maka bercakaplah dengan perkataan yang baik juga menjadi sedekah bagimu

6.bersedekah lah kamu dengan dirimu dan atas orang daripada kamu walaupun dengan semangkuk air,kalau tiada berkemampuan maka bacakanlah satu ayat dari kitab al quran atau jika kamu tidak tahu membacanya maka berdoalah kamu kepada mereka dengan minta diampuni dan dirahmati allah kepada mereka 

7.barangsiapa menengking kepada peminta sedekah nescaya ditengking akannya oleh malaikat pada hari kiamat

8.rasulullah saw pernah bersabda : sesiapa yang meringankan beban orang yang dalam kepayahan,kesukaran atau kesusahan nescaya allah akan meringankan bebannya dihari kiamat

9.mas kahwin bidadari syurga itu adalah dengan bersedekah segenggam buah kurma dan sebelah roti

10.tidak kurang harta dari sedekahnya itu yakni didunia ditambahi pula dengan berkat hartanya dan menolak bala dan di akhirat diberikan pahala serta diampunkan dosanya dan dikurnikan syurga 

11.sabda nabi saw : sedekah itu adalah sesuatu yang amat besar,diulangi oleh nabi sebanyak 3 kali(begitu sekali nabi menekan kebesaran kelebihan bersedekah)

12.sedekah menolak bala dan memanjangkan umur

13.orang yang taat beribadah kepada allah dan taat pula kepada ibubapanya tetapi dia bakhil atau kedekut serta tidak mahu bersedekah maka ia diazab atas dosa kedekutnya diakhirat.

14.yang lebih elok dengan bersedekah ialah barang yang sangat sangat disayanginya,ini sesuai sebagai mana yang terdapat didalam hadis qudsi yang bermaksud tidak kamu perolehi kebajikan sehingga kamu belanjakan yakni bersedekah atau memberi hadiah dari apa yang kamu sayangi

No comments: