Friday, May 18, 2012

7 PERKARA WAJIB DI ELAKKAN OLEH KAUM LELAKI JIKA MAUHUKAN ANAK

 Kemalangan di Tempat Kerja

Terkena radiasi dan bahan kimia dapat merosakkan dan menurunkan produksi sperma serta menyebabkan kerosakan genetik pada anak-anak. Demikian hasil kajian McGill dari Universiti di Montreal, Kanada.


Mandi Air Panas / Sauna

Kesuburan lelaki berada dalam keadaan baik bila dijaga dalam suhu yang tidak terlalu tinggi, iaitu beberapa darjah lebih rendah daripada suhu normal tubuh.



Mandi air yang terlalu panas dan memakai seluar yang terlalu ketat atau sintetik akan membuat testis menjadi panas dan mempengaruhi produksi sperma.

Berbasikal

Kajian yang dilakukan oleh University of Southern California membuktikan bahawa tekanan secara terus menerus padel basikal boleh merosakkan arteri dan saraf yang terdapat pada zakar. Pilih padel basikal yang ergonomis untuk menghindari tekanan seperti ini.


Tekanan (stress)

Kajian oleh Jabatan Fisiologi, Medical College of Ohio menunjukkan bahawa stres kecil dapat membuat kadar testosteron lelaki dan kadar kualiti sperma yang dihasilkan menurun.




Merokok

Penelitian-penelitian yang dijalankan akhir-akhir ini menunjukkan bahawa lelaki yang merokok akan menghasilkan sperma lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak merokok. Anda digalakkan untuk menghentikan kebiasaan ini kerana isteri dan anak yang dikandung akan menjadi perokok pasif.


Makanan Yang Tidak Sihat

Hindari makanan yang tidak sihat dengan menggantikannya dengan sayur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian, susu dan daging tanpa lemak. Dengan demikian anda akan cukup sihat untuk menjadi seorang ayah.



Ubat-ubatan Tertentu

Tanyakan pada doktor anda, apakah kesan sampingan ubat-ubatan yang sedang dijalani pada fungsi seksual. Banyak ubat-ubatan termasuk ubat untuk penyakit tekanan darah tinggi, kanser bahkan infeksi bakteria dapat menyebabkan masalah kesuburan dan penurunan produksi sperma.





No comments: