Tuesday, May 15, 2012

Apa Itu PCOS? dan kesannya keatas tahap KESUBURAN

Adakah anda mengalami situasi berikut di mana 
  1. pertumbuhan bulu bulu di badan @ di muka bertambah
  2. haid tidak teratur atau tidak datang berbulan bulan, 
  3. gelap di bahagian celah kangkang @ leher @ ketiak, 
  4. kencing manis, 
  5. jangkitan kulan di vagina, 
  6. jerawat 


tahu tak itu adalah tanda tanda PCOS (Polycystic ovarian syndrome)??

EH? ape PCOS tu ye???

PCOS adelah singkatan kepada sindrom ovari polisistik ialah satu keadaan dimana hormon wanita tidak seimbang. Dan keadaan yang boleh menganggu sistem peranakan wanita diamana folikel-folikel yang terdapat didalam ovari tidak menjadi matang dan seterusnya gagal untuk mengeluarkan telur untuk disenyawakan seterusnya membuatkan ia sukar hamil.

haa... mari bandingkan normal ovary dengan PCOS ni..
 



Punca utama PCOS terjadi?
Biasanya PCOS berkait rapat dengan genetik atau keturunan. Ini bermakna jika mak kita atau sedara perempuan kita mengalami PCOS yang lain juga turut mengalami PCOS. Tapi bukan semua PCOS berpunca dari keturunan.

Kaitan PCOS dengan kesuburan?

Masalah PCOS selalunya berpunca dari kelenjar pituitari lagi. Kelenjar pituitari yang terletak pada otak adalah kelenjar utama  badan manusia yang memainkan peranan dalam mengawal rembesan hormon untuk seluruh tubuh kita. Disebabkan ketidaknormalan pada kadar rembesen hormon LH dan FSH dari pituitari, folikel folikel yang membentuk pada awal kitaran haid gagal matang, menyebabkan telur tidak dilepaskan dan ovulasi tidak berlaku. Disebabkan tiada ovulasi, kadar rembesan hormon progesteron menjadi rendah dan tidak seimbang dengan hormon tahap hormon lain seperti estrogen dan androgen. Progesterone adalah hormon yang penting untuk memastikan kitaran haid yang normal. 

Kekurangan hormon progestrone menyebabkan haid tidak teratur atau tiada langsung kadang kadang berbulan bulan lamanya. Bila haid bermula, pengidap PCOS selalunya akan mengalami haid yang banyak dan sakit senggugut yang melampau disebabkan oleh tisu tebal dan darah yang terkumpul akibat dari haid yang lewat.

PCOS juga menyebabkan konsentrasi yang lebih tinggi hormon lelaki (androgen) menyebabkan ramai pengidap PCOS mengalami bulu badan yang berlebihan. Disamping itu, ramai pengidap PCOS mengalami tahap insulin yang tinggi yang boleh menganggu tumbesaran folikel menyebabkan follikel gagal matang terjadilah cyst cyst  kecil pada ovari . Cyst cyst yang terlalu banyak akan menyebabkan ovari menjadi bengkak dan ini boleh dilihat pada ujian Ultrasound.

Fakta PCOS:

Nisbah pengidap PCOS adalah 1 dari 15 wanita.
Biasanya terjadi kepada golongan remaja yang aktif sistem reproduktif.

 Bagaimana PCOS boleh di rawat?
YA!!
 PCOS adalah salah satu punca susah nak MENGANDUNG !!!
tapi jangan kecewa.. sebab yang mengalami PCOS tidak mustahil untuk anda mandapat zuriat sendiri :)

Saranan selalunya diberikan tentang pemakanan seperti pengurangan karbohidrat dalam diet dan senaman untuk mengurangkan tahap insulin. Bagi mereka yang ingin hamil, ubat subur akan diberikan untuk mencetuskan ovulasi.
 
Wanita dengan PCOS harus menyedari potensi risiko kesihatan jangka panjang. Risiko untuk mendapat kanser rahim dan kencing manis adalah tinggi.

PCOS juga dikaitkan dengan penyakit jantung, tahap kolesterol yang tidak normal dan tekanan darah tinggi dan wanita yang mengidap PCOS dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin. PCOS adalah masalah yang anda alami sejak anda dilahirkan dan setakat ini tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya. Walaubagaimanpun dengan rawatan yang tepat, gejala PCOS pasti dapat dikawal.

Sekiranya anda berhasrat untuk hamil, terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh anda jalani dan menjadi hamil bukan sesuatu yang mustahil.
hubungi kami 013-206 7818 untuk konsultasi secara percuma dan dapatkan set lengkap rawatan untuk wanita yang mengalami PCOS bagi mendapatkan zuriat dengan mudah



No comments: