Wednesday, May 16, 2012

CYST?? pengidap cyst BOLEH KE HAMIL???

hai apa khabar anda hari ni??

semoga sihat sihat selalu hendaknya ye...

ok, sebelum kite bincang pasal CYST.. mari kita lihat dulu ape  fungsi ovari dalam sistem peranakkan wanita.. ye.. kita la wanita itu.. :)

 same je.. semua wanita ada ovari kan?? fungsinya tetap sama.. tapi kalau lelaki yang sedang membaca info ni, TAHNIAH! ilmu ini anda bole gunakan untuk isteri anda nanti.


Ovary adalah perkakas penting dalam peranakan wanita. Ia mempunyai dua tugas penting; 

1. Mengeluarkan telur/benih setiap bulan untuk kesuburan wanita.
2. Mengeluarkan hormon hormon ‘estrogen’ dan ‘progesterone’ yang penting untuk sifat sifat kewanitaan, kejelitaan dan kegharaihan seks 

tapi apa pulak penyakit CYST ni ye??

pernah tengok perut wanita ini besar saperti hamil cukup bulan???  Tetapi sabenarnya ia ‘Ovarian Cyst’ yang sangat besar. 

ok, ni gambar rajah sahaja.. nanti saya akan tunjukkan gambar yang real punya, teruskan membaca ye :)

  1. Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari. Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan
  2. Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst. Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser. Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst
  3. Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst. Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan
  4. Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari .  Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya. 
  5. Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya
  6. Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.
  7. Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds. Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.
  8. Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy. Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.
  9. Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’
  10.    Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula  adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun

Tanda tanda.
1. Banyak kali ‘cyst’ dan ‘tumour’ pada kilang ovary dijumpai secara kebetulan, ketika wanita berkenaan sedang menjalani pemeriksaan untuk tujuan lain. Tidak ada tanda dirasai.
2. Gangguan dalam pusingan haid saperti lambat atau tidak datang pada waktu yang di jangkakan, haid tidak teratur saperti diluar waktu haid atau ia datang sedikit sedikit tetapi berpanjangan.
3. Mandul atau kurang subur atau berulang kali gugur.
4. Sakit senggugut, sakit watu persetubuhan atau sakit perut tanpa mengira masa.
5. Perut membesar tanpa hamil.
6. Putus haid pada umur yang muda (Premature menopause)
7. Gangguan kencing atau air besar.
8. Dalam kes kanser ovary diperingkat lambat – hilang selera makan, susut berat badan, perut kembung, sakit pinggang dan letih lesu.



persoalan yang sama seperti di atas. orang yang ade masalah CYST ni ade peluang ke untuk mengandung??? 

yesssssssssssss

memang ade peluang!!
nak tahu mcm mane nak dapatkan baby walaupon mengidap cyst?
hubungi 013-206 7818 @ pm d facebook untuk konsultasi SECARA PERCUMA

segan?? xpe kite chat secara rahsia.. hokey?

insya Allah anda boleh menikmati saat ini




jangan tunggu lama lama dan membiarkan sahaja penyakit anda tanpa rawatan

No comments: