Thursday, May 17, 2012

Endometriosis & Kehamilan

hai wanita wanita cantik yang sedang membaca article ni.. :)



sebelum ni yana share tentang penyakit POCS & CYST kan.. semua penyakit nie berkaitan dengan kesukaran hamil.. 

memang ramai wanita akan mengalami salah satu penyakit di atas.. dan mungkin ramai yang tak perasan atau ambil mudah!

JANGAN !!!!
 sebab kalau di biarkan lama akan menjadi barah !!!!!

semua penyakit di atas bukan lah halangan untuk wanita itu hamil, tetapi perlulah menjalani rawatan supaya penyakit tadi dapat " di baiki" dan seterusnya fokus untuk hamil.

sekarang kita akan menbincangkan salah satu punca sukar hamil iaitu endometriosis


apa endometriosis nie?? 


Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luarbiasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar “endometrium” telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman kuman bacteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Di antara masalah yang ditumbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulan dan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga tidak boleh dipandang mudah kerana senggugut yang kerap mungkin menandakan kehadiran endometriosis. Ia juga boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan, dan lain-lain.  

                                    Siapakah Yang Berisiko dapat Endometriosis ni?

Kira-kira 15% wanita dianggarkan akan mengalami penyakit ini sebanyak sedikit sebelum putus haid (menopaus). Sungguhpun penyakit ini lebih lazim berlaku kepada wanita dalam lingkungan umur 25 hingga 40 tahun, endometriosis mungkin berlaku kepada semua wanita, termasuk yang sudah beranak, pada bila-bila masa sepanjang tempoh kesuburan mereka.


kesannya terhadap wanita
Masalah yang sering dihidapi oleh mereka yang mengalami endometriosis ialah:
  • Sakit senggugut
  • Sakit pada ari-ari
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar Hamil
Tahap sakit pada pelvis yang disebabkan oleh endometriosis adalah berbeza-beza. Ia mungkin sakit sederhana yang sentiasa ada sepanjang masa dan mungkin juga sakit yang sungguh teruk yang menyerang sekali-sekala. Ia mungkin juga mungkin bertempat di kawasan ari-ari sahaja dan ada juga yang sakit sampai belakang pinggang.
Kadang-kadang tahap kesakitan tidak berkait langsung dengan keadaan atau keterukan endometriosis. Ada yang mengalami sakit yang luar biasa tetapi mempunyai endometriosis tahap ringan dan, ada juga yang mengalami endometriosis yang begitu teruk, tetapi tidak mengalami apa apa simtom.

 Simtom-Simtom Lain Yang Jarang-Jarang
  • Sakit semasa membuang air besar atau keluar darah dari dubur semasa haid
  • Sembelit
  • Sakit semasa pemeriksaan pelvis
  • Sakit dan kerap kencing
Ini selalunya berkaitan dengan tempat dimana terdapat endometriosis.
 apakah kaintan endometriosis dengan kesuburan?

Dalam keadaan normal, lapisan endometrium cuma ada pada dinding rahim sahaja. Manakala bagi kes endometriosis, lapisan tisu itu juga dijumpai pada kawasan badan yang lain terutamanya di dalam pelvis seperti ovari, salur fallopian, di permukaan rahim, di ruangan pelvis sekitar usus, rektum dan pundi kencing. Ia boleh juga dijumpai di bahagian-bahagian yang lebih jauh pada tubuh termasuklah paru-paru dan hati, tetapi ini sangat jarang berlaku.

Walaupun tisu endometrium berada di luar kawasan yang tidak sepatutnya, ia masih responsif terhadap perubahan hormon yang berlaku semasa kitaran haid wanita. Seperti mana haid, tisu endometriosis akan gugur dan berdarah, dengan cara yang sama dengan dinding rahim gugur dan berdarah semasa kitaran haid. Pendarahan ini boleh menyebabkan rasa sakit, terutama sebelum dan semasa haid. 

Tisu yang gugur dan berdarah di sekitar organ pelvis akan menyebabkan parut dan organ-organ lain yang berhampiran akan melekat di antara satu sama lain.

Sekiranya tiada rawatan dan tidak dikesan lebih awal, ia akan akan menyebabkan struktur organ-organ pelvis beralih dari kedudukan normal. Sebagai contoh yang paling kerap berlaku, kedudukan ovari yang melekat pada uterus akan menyebabkan salur fallopian akan berjauhan dari ovari dan sekiranya berlaku ovulasi, telur tidak akan dapat dicapai oleh salur fallopian dan persenyawaan tidak akan berlaku. 

 AWAS !!!!
Dalam kes yang lebih serius, kerosakan mendalam pada salur fallopian menyebabkan ia tersumbat, rosak dan infertiliti akan berlaku. Ovari yang ditumbuhi endometriosis pula akan mengumpul darah semasa kitaran haid dan berlakulah ovarian cyst yang mengandungi darah iaitu seakan-akan seperti coklat cair di dalamnya.

Sekiranya keseluruhan ovari telah diselaputi oleh endometriosis, ovari tidak dapat lagi berfungsi dengan normal dan gagal melepaskan telur disebabkan follikel terperangkap oleh parut pada bahagian permukaan ovari.
 
Endometriosis juga boleh mengurangkan kesuburan dengan melepaskan bahan kimia beracun pada pelvis. Sekiranya telur berjaya dilepaskan juga dari ovari, bahan kimia ini boleh mengurangkan kemampuan telur untuk disenyawakan. Bahkan ia juga boleh memberikan signal kepada sel pemusnah badan untuk melemahkan telur, sperma dan juga embrio menyebabkan janin kurang sihat dan keguguran senang berlaku.


!!!!  JANGAN RISAU  !!!!

peluang anda untuk hamil masih cerah

nak tahu mcm mana rawatan tanpa pemedahan untuk masalah endometriosis ini??
berbincang dengan saya dengan 
menghubungi 013-206 7818 @ pm di fb saya... :)
konsultasi secara PERCUMA- kami ada penyelesaianya
 
 saya adalah pakar dalam bidang kehamilan, mcm mana nak hamil , penjagaan ketika hamil, penjagaan baby dan ibu selepas hamil ,masalah yang kritikal sekarang ini ramai wanita mengalami masalah yang serius dalam kesuburan dan buntu mencari jalan menyelesaikan nya,akibatnya sudah berumahtangga bertahun tahun tapi masih di kurniakan zuriat sendiri, sedikit sebanyak masalah ini akan mengakibatkan keretakan rumah tangga anda.. selesaikan sekarang juga!! hubungi saya di talian 013-206 7818 @ pm sj di FACEBOOK untuk mengetahui bagaimana rawatan yang bersesuain dan cara cepat dan mudah untuk anda hamil/ mengandung. saya sedia membantu

tidak perlu segan atau risau, kerana saya akan menjaga privasi anda.. kite dua je yang tahu ape yang kite bualkan hokey??

sila berikan sedikit gambaran tentang perkahwinan anda, berapa lama dah kahwin, ade makan apa2 ubat tak, period anda mcm mana, normal ke, xdatang2 ke.. dan apa apa yang berkenaan, so bila anda beri sedikit gambaran latar belakang anda sebegini lebih mudah untuk saya membalasnya :)

maaf jika saya reply sedikit lambat, kemungkinan saya sedikit sibuk pada waktu itu .. sape tanya dulu.. saya jawab dulu ye.. :))

apa- apa pun, segala pertanyaan anda amat saya hargai
saya doakan anda semua akan merasai pengalaman sebegini. insya Allah
 

No comments: