Tuesday, May 15, 2012

Faktor Penentuan Kehamilan


SETIAP PASANGAN MAHUKAN ZURIAT, 
TAPI BAGAIMANA UNTUK HAMIL???
  yup!!
ANDA PERLU TAHU APAKAH FAKTOR YANG MENDORONG KEPADA KEHAMILAN..

Seseorang wanita mungkin mengalami masalah ketidaksuburan setelah lebih setahun mencuba untuk hamil atau sering mengalami keguguran apabila hamil.

4 faktor untuk kehamilan


1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ovulasi)
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian menuju ke uterus (rahim)
3. Sperma lelaki pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dalam rahim.
Kegagalan salah satu faktor di atas adalah dianggap penyebab ketidaksuburan dan masalah kehamilan.
 
 
Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh wanita-wanita yang mengalami masalah kehamilan termasuklah masalah ovulasi atau pengeluaran telur, saluran atau tiub fallopian yang tersumbat atau terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis, serta masalah fizikal rahim.

Walau bagaimanapun, bagi wanita-wanita yang tidak mempunyai mana-mana masalah di atas, peratusan untuk hamil dalam setiap bulan bagi lingkungan umur 25-35 tahun adalah antara 20-25% sahaja.

Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.

Pengeluaran telur dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut. Setiap wanita mempunyai 2 kilang ovari yang berfungsi untuk proses ovulasi atau pengeluaran telur. Secara teorinya, ovulasi atau proses pengeluaran telur berlaku dalam satu pusingan haid di mana satu telur akan dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara telur wanita dan benih lelaki (sperma) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur. Telur yang matang hidup 24 jam sedangkan sperma boleh hidup antara 48-72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu, melakukan hubungan sebelum ovulasi adalah lebih baik untuk meningkatkan peratus kehamilan berbanding sehari atau dua hari sesudahnya 
proses pensenyawaan

 
jika anda NAK TAHU BAGAIMANA UNTUK SENANG HAMIL, TIPS UNTUK PENJAGAAN KETIKA HAMIL, TIPS UNTUK MEMUDAHKANPROSES BERSALIN @ TIPS UNTUK DALAM PANTANG DAN PELBAGAI TIPS YANG BERKAITA  SECARA PERCUMA sila LIKE di FACEBOOK @ PAGES halyani .. JANGAN KETINGALAN !!!

No comments: