Friday, May 18, 2012

LELAKI & KESUBURAN

hai kawan-kawan...
sebelum ni saya sudah share info mengenai kesuburan wanita seperti PCOS, CYST, ENDOMETRIUM, dan macam macam lagi..

tetapi kesuburan lelaki macam mana pulak kan??
semua subur ke?? asyik nak salahkan pihak wanita aje kan..

lelaki udoh check ke?? awok tu ok ke x??
hmm.. jangan kecik ati ye.. 

mari .. 
saya akan tunjukkan permasalahan kesuburan pihak lelaki pulaksss yeeeee :)


Ketidaksuburan berlaku pada lebih kurang satu dalam 10 pasangan. Sekiranya masalah berlaku pada pasangan lelaki ia dipanggil ‘male infertility’. Ia terjadi 40% dalam keseluruhan masalah kesuburan.
Segelintir daripada masalah kesuburan di kalangan kaum lelaki diketahui sebabnya seperti hypospadias dimana penis tidak terbentuk secara normal, testis yang tidak turun (undescended testicles) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyakkan daripada agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca

Ia selalunya dikaitkan dengan sperma yang tidak normal, hidup sperma yang terlalu singkat atau terdapat masalah dengan ejakulasi.
Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku mungkin kerana:
  • Terdapat radang pada testis
  • Terdapat masalah salur darah vena yang membengkak pada testis
  • Testis yang tidak membentuk dengan normal
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:
  • Terdapat unsur genetik tidak normal
  • Kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • Pernah mengidap penyakit beguk
  • Hormon yang tidak normal
  • Terdedah kepada bahan kimia beracun
  • Terdedah pada radiasi yang berlebihan
  • Salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • Memakai seluar yang terlalu ketat
Masalah ini juga mungkin boleh berlaku sekiranya lelaki ada masalah dengan ejakulasi yang menghalang sperma kedalam faraj wanita:
  • Ejakulasi tidak matang – keadaan dimana ejakulasi berlaku terlalu cepat
  • Ejakulasi terbalik – keadaan dimana air mani termasuk balik kedalam pundi kencing
  • Masalah ereksi
  • Komplikasi dari surgeri atau radiasi
gagah di luar x semestinya gagah di dalam... (betul x?)

Rawatan

rawatan bergantung kepada sebab sebenar ketidaksuburan lelaki terbabit,

jangan risau

 peratus untuk isteri hamil adalah tinggi  apabila lelaki tersebut mengambil rawatan untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka. tetapi jika di biarkan tanpa rawatan. usaha untuk pasangan tersebut mendapat cahaya mata adalah rendah

jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai rawatan tanpa permedahan ini, boleh hubungi 013-206 7818 @ pm di facebook halyani dan jangan lupa berikan sedikit gambaran latak belakang kesihatan anda 

jangan malu jangan segan ( wanita pon di galakkan bertanya bagi pihak suami mereka)

1 comment:

armouris said...

terjumpa info ni, pasal lelaki tidak subur… sharing is caring :) - Lelaki Punca Tidak Subur