Wednesday, June 6, 2012

BILA BABY MENANGIS.. APA MAKSUDNYA?



Pernah ke anda mengalami di mana bayi anda menangis dan anda buntu untuk buat apa?? Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri.Betul tak? Lagi-lagi kalau 1st time jadi ibu @ ayah kannn.... :)

 Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba semak kemungkinannya dari senarai berikut:
  • Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?
  • Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah- tukar lampin dengan yang baru.
  • Bayi mungkin colik, sakit perut disebabkan oleh angin.
  • Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.
  • Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman, hiburkan dan gembirakan dia.
  • Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau memberikan muzik ringan. Ia memudahkan bayi tidur dengan nyenyak.






dah dapat jawapannya?? harap sedikit banyak dapat membantu anda :)
bagi yang dah ada baby... tahniah hokey?

No comments: