Tuesday, June 5, 2012

PETUA KULIT LICIN DAN MULUS GEBU

sape.... sape... sape nak kulit muka halus..gebusss... mulussss????

haaa.. ni ade nak share petua nenek kebayan skit...opssss...
silap2... petua nenek- nenek kita dulu tuuuu la.... :))

sape rajin boleh cuba la ye... barang2 semua ade kat dapur tu je.. :))




Pilihan 1:
Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.


Pilihan 2: Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.


Pilihan 3: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.

Pilihan 4: Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.



Pilihan 5: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 6: Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.





Pilihan 7: Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.


Pilihan 8: Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya


sape yang dapat amalkan petua2 ni.. memang salute la.. rajin kan korang ni ;)

1 comment:

ummu said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik sekali. Tips Kulit Gebu