Wednesday, June 6, 2012

PETUA MENGHALUSKAN KULIT

Pilihan 1: Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.


Pilihan 2: Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan, kemudian kisar. Tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian, gaulkan beras dan kunyit bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang 1 jam. Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tersebut ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian, bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.

Pilihan 3: Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan gosokkan ke badan. Kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki di badan (skrub).

Pilihan 4: Kisarkan 2 biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.


selamat mencuba :))

No comments: