Saturday, September 15, 2012

MOTIVASI KEJAYAAN

 

Saya pasti setiap orang mesti ada perasaan kecewa, hampa dengan apa yang kita usahakan atau lakukan tidak mendatangkan hasil seperti yang kita jangkakan. semua orang pernah alami. betul tak? ada ke yang tak pernah langsung rasa hampa atau kecewa dengan sesuatu yang dia lakukan? tak salah ada perasaan seperti itu, tetapi jangan dibiarkan lama , kita wajib bangun semula, kaji apa yang silap dan tukar stategi. jangan biarkan masalah atau kekecewaan tadi menjadikan kita terus gagal. saya sangat suka ayat ini dan ayat inilah yang saya pegang setiap kali saya kecewa atau jatuh  . " Setiap kali kita gagal ia sebenarnya bukan kita gagal tetapi sebenarnya kita belum cukup berjaya!!! "

ambil contoh-contoh tokoh terkenal ni yang pernah juga mengalami kegagalan dalam hidup, tetapi mereka bangkit semula!! malah dapat menguasai dunia!!!
  1. Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
  2. King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
  3. F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
jadikan contoh! bak kata my mom.. "nak senang bukan senang.. nak susah bukan susah"

ini untuk peringatan diri sendiri dan juga tuan /puan/cik yang membacanya :)

Orang yang gagal sering melihat beban kesusahan setiap kali di landa masalah. Manakala orang berjaya melihat peluang memajukan diri di sebalik masalah itu.

Masalah adalah kesusahan. Bagi orang berjaya, masalah adalah cabaran. Mereka menganggap masalah sebagai cabaran. Cabaran itu adalah untuk dihadapi dan diatasi, bukan untuk diratapi atau disesali. Sebaik-baik cara untuk menghadapi masalah adalah fokus menyelesaikannya. Selesaikan masalah kita, bukannya asyik terbeban oleh masalah atau menyalahkan Tuhan kerana masalah.

No comments: