Friday, February 21, 2014

ELAK RISIKO LUKA FARAJ SEMASA BERSALIN

[ Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama? ]




Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.

① Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"

② Apakah 'perineum"?
✔ Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.

③ Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
✔ Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.

④ Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
✔ Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
✔ Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

⑤ Bolehkah suami mendorong?
✔ Sudah tentu!

⑥ Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?
✔ Tidak ada.
✔ Senang dilakukan.
✔ Tidak menyakitkan.
✔ Tidak perlu bayaran.

⑦ Tatacara mengurut perineum
✔ Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
✔ Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.
✔ Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
✔ Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
✔ Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
✔ Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). ✔ Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.

(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)

----------------------------------------------------------
pssss.. xtahu nak ilih set bersalin yang mana?
DAPATKAN SET BERSALIN SPA & MA..
set bersalin lengkap 44 hari.. duta sari yanti
klik sini untuk info lanjut

whatsapp/sms pn yana : 0132067818


No comments: